Sunday 7 December 2014

PhotoVCrave Proses

Engrave foto atau gambar adalah salah satu proses yang boleh dilakukan oleh CNC Router. Cara proses juga sangat mudah. Anda hanya perlu menggunakan software PhotoVCrave untuk proses tersebut.

Di sini kami kongsikan tutorial berkenaan proses tersebut.

Langkah 1:

Proses membuat ukiran gambar menggunakan CNC Router


- buka foto atau imej yang hendak di engrave dalam format JPEG, BMP, TIF, PNG, GIF.
- tukarkan imej berwarna tadi dalam warna 'Grey Scale'.

Langkah 2:



- buka software PhotoVCrave.
- klik 'load image' (seperti gambar di atas) dan pilih gambar yang hendak anda engrave.

Langkah 3:



- set material saiz yang akan anda gunakan. Boleh set dalam unit inci atau mm.
- klik butang 'Apply'.

Langkah 4:

Kini anda boleh membuat ukiran pada kayu hanya dari gambar (foto) dengan menggunakan CNC Router bersama Photo V-Crave!


- Set 'Cutting Parameters'.
- Pilih mata bit yang akan anda gunakan. Anda boleh klik pada butang 'Select' untuk pilih mata bit tersebut. Sebagai contoh: kami menggunakan bit V-Bit bersaiz 60 deg 6mm.
- Masukkan maksimum kedalaman (Carving Max. Depth) yang anda kehendaki.
- 'Line Spacing' tersebut anda boleh laraskan kan (adjust) berapa peratus yang anda rasa sesuai. Semakin besar peratus 'Line Spacing', semakin kasar engrave tersebut.
- Anda juga boleh set kan 'Line Angle' mengikut kesesuaian 'finishing' yang anda mahu.
- Gambar pada kualiti rendah boleh anda 'adjust' pada 'Increase Contrast'.
- Selepas itu klik butang 'Calculate' untuk lihat hasil yang telah anda setkan tadi.
- Jika anda belum berpuas hati dengan hasilnya, anda boleh 'adjust' semula proses tersebut terutama pada 'Line Spacing' dan 'Rapid Clearance gap'.

Photo V-Crave pada kayu menggunakan CNC Router 


Langkah 5:

- Setelah anda berpuas hati dengan 'finishing' yang dikehendaki, klik pada 'Preview & Save Toolpath'.
- Simpan (save) G-Code tersebut untuk anda gunakan semasa proses pemesinan (machining process) pada CNC Router.


1 comment: