Tuesday 25 November 2014

Lawatan dari Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Brunei Darussalam

Kami mengalu-alukan kedatangan delegasi dari:

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Brunei Darussalam ke kilang kami pada 28/11/2014 ini.

Kami mengalu-alukan delegasi dari Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Brunei Darussalam ke Kurnia Al Rizq

Lawatan kerja dari Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Brunei ke Kurnia Al Rizq


Cenderahati dari YSHHB
Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada rombongan dari Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Brunei (YSHHB) kerana sudi datang untuk membuat lawatan kerja pada 28/11/2014 yang lalu.

Rombongan seramai 5 orang diketuai oleh Yang Mulia Dato Paduka Haji Ali Hashim Bin Haji Daud, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Pengajian dan Latihan bagi Penubuhan Pusat Pengajian Kesenian dan Kaligrafi Islam Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (PPKKI-YSHHB).

Tujuan lawatan adalah untuk meningkatkan kefahaman dan memahami dengan lebih mendalam perkara-perkara yang berhubungkait dengan produk serta perkhidmatan yang disediakan oleh pihak kami.

Senarai Rombongan YSHHB ke Kurnia Al Rizq.
1- Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Ali Hashim bin Haji Daud
     (Ketua Rombongan)
2- Yang Mulia Dr Awang Haji Adanan bin Haji Basar
     ( Timbalan Raes, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan)
3- Yang Mulia Awang Haji Puasa bin Haji Jumat
     (Penolong Pengarah Urusan YSHHB)
4- Dayang Hajah Norzainab binti Haji Abdullah
    (Pengetua Maktab Teknik Sultan Saiful Rijal)
5- Pengiran Asiah binti Pengiran Haji Ibrahim
    (Pegawai Pendidikan, Sekolah Vokasional Nakhoda Ragam)


No comments:

Post a Comment