Thursday 28 February 2013

Kursus Pendek Penggunaan dan Pengendalian Mesin CNC Router dan Mesin Sandblasting

Pada 26 Feb 2013 dan 27 Feb 2013 pihak kami di Kurnia Al Rizq telah memberikan kursus pendek selama 2 hari di Furniture Industry Technology Center (Fitec) untuk staf mereka dan staf Mara.

Kursus pendek tersebut adalah berkenaan penggunaan dan pengendalian mesin cnc router dan juga sandblasting (ukiran pada cermin). 

Didalam kursus tersebut, mesin cnc router (yang di buat khas untuk pemotongan sticker - selain dari penggunaan asal untuk ukiran kayu) di gunakan untuk membuat pemotongan sticker di atas cermin sebelum proses sandblasting dilakukan. 

Ini bermakna selain mesin cnc router tersebut boleh membuat ukiran kayu, acrylic, mdf board, ia juga boleh memotong sticker di atas cermin. Ini memudahkan lagi kerja sebelum proses sandblasting. Jika dahulu, sebelum proses sandblasting di buat, kerja pemotongan sticker di buat secara manual. Kini, pemotongan sticker menjadi lebih mudah dan cepat selain mesin cnc router tersebut boleh membuat ukiran.

Akan datang! Kursus Pengendalian dan Penggunaan Mesin CNC Router 2015! Maklumat lanjut di link berikut:-
http://kurnia-alrizq.blogspot.com/2014/12/kursus-pendek-pengendalian-cnc-router.html

Kepada yang ingin mencari jawatan kosong boleh lihat di link berikut:-
Iklan Jawatan Kosong






Penerangan oleh pihak kami berkenaan penggunaan software berkaitan.


Pengendalian mesin cnc router.


Mesin sandblasting yang dibuat oleh pihak kami untuk ukiran kaca bersaiz besar.




Contoh-contoh hasil sandblasting pada kaca.

2 comments:

  1. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ dan salam sejahtera

    Saya Azizi dari sykt Rabvolks Homes Sdn Bhd memohon dari tuan admin utk mewar-warkan kpd peserta kursus perabot yg berminat utk meneruskan karier sbg carpenter di kilang kami yg terletak di Telok Air Tawar Butterworth Pulau Pinang.
    Terima kasih saya ucapkan bagi sebarang urusan yg tuan usahakan utk membantu kami bg tujuan ini...
    Terima kasih.

    Noor Azizi Bin Hussin
    Pengurus Operasi
    HP : 0124836179

    ReplyDelete
    Replies
    1. W/salam..

      Kami telah pun mewar-warkan jawatan kosong tersebut. terima kasih.
      http://kurnia-alrizq.blogspot.my/2017/01/iklan-jawatan-kosong.html

      Delete